Sunday, April 12, 2009

Pada hari Isnin yang lepas, saya dan rakan-rakan sekelas saya telah mengambil bahagian di dalam pertandingan Choral Speaking. Pertandingan itu berlangsung di Tj Mart, Kulai. Kelas saya mendapat tempat keempat. Kelas saya berlawan dengan 13 buah sekolah. Saya berasa sungguh takut apabila menaiki pentas. Saya pula kena naik ke tingkat 3 iaitu belakang sekali. Ianya sangat menakutkan tetapi seronok.

Saya paling suka apabila menaiki bas. Saya berasa sangat sejuk apabila berada di dalam bas. Saya duduk dengan kawan saya, Wahida. Depan saya pula Lukman dan Saufi. Kami berbual dengan seronok sekali.

Apabila kelas saya sudah habis membuat persembahan, kami pergi makan di sebuah warung. Makanan telah dibawa dari sekolah. Kami cuma perlu order air sahaja. Saya dan kawan saya, Irdina tidak dapat menghabiskan air kami. Wahida telah menghabiskan air kami dengan satu nafas. Ianya sangat menakjubkan.   

0 Comments:

Post a Comment